Wednesday, 20 February 2013

Tanda Cinta-Nya...

 Disaat diri tidak lagi tertanggung akan keletihan, ketika kaki benar2 berat untuk melangkah, bilamana jiwa mula rasa lemah dan hampir berputus-asa, tiba2 jauh di sudut di hati kecil terdetik, "Allah swt sedang mengujimu insan". "Ya Allah!! lemahnya aku dengan ujian-Mu yang sedikit ini." Gugurnya titisan air jernih disaat mengadu pada yang tercinta, Allah Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang dirasakan ketika ini. 


Pernahkah kita mengalami keadaan ini??? sudah pastinya kita semua pernah mengalami keadaan ni. Terasa lemah dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita seharian. Kadangkala kita akan merasa tegar dan kuat untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Tapi kadangkala kita tewas dengan keadaan ini. Seperti disaat kita jatuh, kita mungkin akan bangkit kembali dengan semangat dan niat yang baru tapi mungkin juga kita akan terus mengalah. Sedangkan ALLAH sudah bagitahu kepada kita dalam al-Quran, surah yusuf: 87, "jangan lah kamu berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t...sesungguhnya org berputus asa itu termasuk golongan org2 kafir(golongan ingkar). Walaubagaimanapun, takkan kita hanya mahu menyerah sebelum melawan. Dibaratkan kita perlu menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang tapi dalam perjalanan kita ada beberapa orang yang menghalang perjalanan itu. Demi ingin menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang, kita akan sanggup buat apa sahaja. Jadi, kita tetap akan melawan orang-orang yang menghalang perjalanan kita tadi. Bukan berpatah balik dengan mengatakan "aku tidak mampu melawan mereka". Disini, orang yang amat kita sayang tu adalah sebagai sesuatu yang kita betul2 ingin dapatkan iaitu impian dan cita2 kita dengan redha Allah. Orang2 yang menghalang perjalanan kita tu adalah diri kita sendiri. Iaitu rasa lemah dan berputus-asa yang boleh menghalang kita dalam meneruskan kehidupan ini. 

Sudah menjadi adat dan lumrah sebagai pelajar dengan timbunan kerja yang melambak, kelas yang padat. Tekanan sudah menjadi suatu kebiasaan. Masa tidur perlu dikurangkan. Semua yang terasa indah disaat bergelar pelajar mesti dikorbankan demi kejayaan di masa hadapan. Kerana apa yang kita buat pada hari ini menentukan masa depan kita. Bab kata pepatah, berakit2 ke hulu, berenang2 kemudian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Memang betul kata pepatah tu. Kita memang kena sakit dulu untuk merasakan manisnya kejayaan nanti. Sekarang kita akan rasa, susahnya. Ada je perkataan2 ni yang keluar dari mulut student, "banyaknya kerja nak kena buat, sakit kepala nak buat assingment2 ni, malasnya nak pergi kelas, susahnya subjek ni, satu pun aku tak faham, payahnya test ni, tak larat dah nak buat semua ni". Kenapa tersenyum??Mesti pernah cakapkan..hehehe..sudah menjadi kebiasaan seorang pelajar. Tidak pernah habis mengeluh. Hal yang sedikit pun nak dibesar2kan. Lepas tu, mulalah tension, nak marah2 semua orang. Tak naklah macam tu. Kita kena cool... Ingat! orang lain punya masalah lagi besar. Kalau setakat kita yang masih dalam negara yang boleh dikatakan aman ni, sudah terlalu besar nikmat yang Allah bagi sebenarnya. Kita kena tahu mungkin ujian2 ini sebagai kafarah dosa kita. Mungkin dah terlalu lalai dengan kehidupan kita.Mungkin kita lupakan ALLAH swt. Jadi, dengan ujian ni kita akan kembali kepada-Nya. Apa2 pun kena sentiasa ingat ALLAH. Hanya dengan ingatkan ALLAH, hati kita akan menjadi tenang. Dan  Allah sentiasa bersama orang yang bersabar dan mendirikan solat. Ha...satu lagi yang WAJIB kita kena buat. SOLAT. Ni kalau solat pun tak, mana taknya rasa tension tak memasal. Solat pun mesti kena jaga. Inilah dulu setakat ni. Dalam surah al-Baqarah: 153, “Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” 

#“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.”(surah Az Zumar:10) 

4 comments:

  1. salam.... mohon kebenaran utk dikongsikan bersama sahabat yg lain di kelas... and this ini nice one.. realiti khidupan yg sering berlaku...

    ReplyDelete
  2. wslm :) tafaddol..semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua :)

    ReplyDelete