Dalam kehidupan setiap insan mesti melalui pelbagai ujian dan halangan. Itulah rencah dalam kehidupan yang bergelar insani. Kekadang kita berjaya merentasi halangan itu tapi kekadang kita gagal. Mungkin kita pernah dengar, "Sabar..sabar..kau cakap senanglah sebab bukan kau yang kena." Untuk menjadi seorang manusia yang ada sifat sabar, mungkin agak susah. Kerana sifat sabar itu perlu dipupuk dalam diri seseorang. Bukan hanya sabar di mulut tapi biarlah sabar juga dalam mengawal nafsu kita. Sabar juga salah satu daripada cabang iman. Kita biasa mendengar "sabar itu separuh daripada iman". Pada mulanya sabar itu amat sakit dan pahit. Tapi di hujung kesabaran itu ada ganjaran dan kemanisan iman. Dalam kita bersabar, mungkin akan ada air jernih yang menemani dan saat itu juga hati terasa amat perit. Sebenarnya kita bersabar dalam setiap saat kehidupan kita. Bagi orang yang beriman dan yakin pada janji-janji ALLAH swt, setiap ujian yang ditimpa ke atasnya akan dihadapi dengan penuh redha dan kesabaran. Dan menyerahkan segala urusan kepada ALLAH swt. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran dari ALLAH swt di akhirat kelak.
Ujian yang ditimpakan ke atas kita, hamba-Nya. Ujian itu tanda ALLAH swt sayang dan kasih akan kita. Mungkin disebabkan kita semakin menjauh dari-Nya dan sentiasa melakukan perkara yang dilarang ALLAH swt dan meninggalkan suruhan-Nya. Di saat kita lalai dalam mengingati Allah swt, ALLAH swt akan memberikan sedikit ujian sebagai teguran supaya kita kembali kepada-Nya. Dia rindu nak dengar suara2 hamba-Nya. Kerana apabila kita senang kita akan lupakan kepada ALLAH swt yang memberikan nikmat kesenangan kepada kita. Kitta akan ingat ALLAH swt apabila kita inginkan sesuatu dan di saat kita merasa kesusahan. Itu sebenarnya kita. Jika dihitung nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita, pasti tidak akan terkira. Kerana terlalu banyak nikmat dan kurnia yang ALLAH swt berikan kepada kita. Ingatlah, kita adalah hak milik kekal ALLAH swt, bersyukurlah kita ke atas setiap nikmat yang kita gunakan walaupun ianya hanyalah pinjaman sementara dan beribadatlah kita dalam mencari redha dan keampunan ALLAH swt.
#Allah swt hanya suruh kita buat apa yang disuruh dan jangan buat apa yang Allah swt larang. Dekat pun jangan. Allah swt dah bagi kita macam2 nikmat dan kesenangan tapi takkan kita tak boleh buat apa yang Allah suruh. Sama2 kita berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Kerana takwa adalah sebaik-baik pakaian orang mukmin. Asif.
No comments:
Post a Comment