Monday, 14 January 2013

Alhamdulilah

                     Lafaz alhamdulilah sukar untuk kita praktiskan dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang ianya suatu kelaziman yang sering meniti di bibir dan sentiasa lekat di hati. Tapi bagi sesetengah yang lain, ianya adalah suatu perkara yang janggal. Kerana tidak menjadi suatu kebiasaan dalam hidup mereka. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang ALLAH swt bagi kat kita. Jika dihitung akan nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita pasti tidak terkira dan tidak tercapai pada akal kita kerana terlalu banyak. Tapi kita ego. Cuba kita tanya pada diri sendiri. Pernah ke tidak aku bersyukur jika mendapat nikmat dari Yang Maha Esa.  Langsung tak ada rasa nak berterima kasih kepada Pemberi Nikmat. Nikmat yang kita sering lupakan dan menganggap ianya sebagai satu hiasan.

                Kita amat bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Islam dan dalam keluarga Islam. Iman dan kesihatan adalah suatu nikmat yang tidak terlafaz dengan kata-kata akan rasa syukur kepada ALLAH swt. Jika dibandingkan dengan seorang yang beriman dan jahil. Kita akan tengok banyak perbezaan. Contonya, bagi yang sentiasa hidup imannya. Dirinya tidak akan pernah rasa kosong dan bersendirian walhal dia bersendirian. Ini kerana keyakinannya yang kuat menyatakan ALLAH swt itu sentiasa ada disamping kita. ALLAH swt tidak pernah melupakan kita. Malah, kita yang sentiasa melupakan Dia. Bila kita susah, kita akan cari Dia. Doa tak henti2, solat sunat, solat  hajat tak pernah tinggal. Tapi bila kita dah dapat, doa sekejap2. Solat sunat, solat  hajat dah tinggalkan. Maklumlah, dah dapat apa yang dihajatkan. Tapi kita jangan lupa. Apa yang ALLAH swt bagi kat kita tu cuma sementara je. Pinjaman semata2. ALLAH swt boleh ambil bila2 masa je. Sebab apa yang kita ada bukannya hak kita. Bahkan nyawa kita sendiri hak milik ALLAH swt. 

#marilah kita sama2 ambil sedikit masa dalam setiap jam yang kita lalui untuk bermuhasabah diri atas kekhilafan dan dosa2 kita yang kita lakukan. Dan biarlah hati kita sentiasa yakin akan adanya ALLAH swt dan cinta-Nya. Alhamdulilah...alhamdulilah...alhamdulilah...lafaz yang mudah tapi susah untuk di amalkan. Terkandung makna yang sangat indah. Astaghfirullahhal'azim.... ^_^

No comments:

Post a Comment