Islam @
Melayu….ada beza ke??sebenarnya ia sangat berbeza…saya bersyukur dilahirkan
sebagai Islam..dalam keluarga Islam…bukan tidak bangga menjadi orang Melayu
tapi bagi saya agama itu lebih penting. Islam ni terlalu luas untuk diceritakan. Hanya agama Islam yang diiktiraf ALLAH. Islam agama yang syumul. Jadi, jika
kita mengaku kita ni Islam…ada tak kita hidup secara Islam…betul2 Islam..ada
tak kita buat apa yang ALLAH suruh buat?? kita tinggalkan tak apa yang ALLAH
larang??tepuk dada tanya iman.. kita tak nak Islam hanya pada “ic”. ika dinikmati betul2 akan Islam itu..
indahnya tak dapat digambarkan..manisnya tak terucap dengan
kata2…subhannallah… cuba kita lihat pada
erti kalimah syahadah… “ tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan
Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.” Hanya ALLAH yang berhak kita sembah..bukan
perkara2 lain selain ALLAH. Jangan sekali2 kita pernah menduakan ALLAH. Kerana
Dia tuhan Yang Maha Esa. Kerana Dia kita ada didunia ni.. diberi peluang untuk
hidup di bumi yang sementara ini. Semua
yang kita ada pada hari ini, semuanya milik ALLAH. Hatta nyawa kita sekalipun
milik Dia. ALLAH tu tuhan kita. WAJIB bagi kita untuk menyembah-Nya. Bila2 masa
saja Dia boleh ambik semuanya. Nabi Muhammad saw nabi kita. Baginda telah
banyak bersusah payah demi kita. Bahkan, semasa baginda tengah nazak hanya
“ummati, ummati, ummati” Yang terucap dibibir baginda. Baginda sangat merindukan kita ummatnya. Sebelum kita
wujud lagi, baginda sudah pun merindukan kita. Terlalu banyak pengorbanan
baginda untuk Islam dan kita ummatnya. Semua itu takkan kita mampu
membalasnya. Baginda pernah dicaci,
dikutuk, dihina, dipulaukan, dikatakan gila dan macam hinaan lagi. Semata2
untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam. Tapi sekarang kita ambil mudah dan
pandang remeh dengan perkara2 yang bersangkutan Islam. Kenapa boleh jadi macam
ni?? Tanya diri sendiri. Kita langsung tak hargai pengorbanan Rasullulah saw.
Pasti baginda sedih melihat keadaan ummatnya sekarang ini. Sanggup ke kita
membuat kekasih ALLAH yang mulia menitiskan air mata kerana kita?? Jom kita baiki balik diri kita semata2 kerana
ALLAH & Rasullulah saw. Kita buka buku baru. Buku yang lama kita padam
dengan istighfar dan taubat kita. Kita perbetulkan nawaitu kita. Kita
dilahirkan sebagai dai’e. Tugas seorang dai’e terlalu berat. Jadi, kita sama2 kena
jalankan tugas ni. Kita adalah ISLAM. InsyALLAH, semoga ALLAH memberi kemudahan kepada kita dan dibekalkan
kita dengan sifat istiqamah. Mari kita beristighfar dan berselawat ke atas
baginda saw. Astaghfirullahhal’azim…
#tambah ILMU, tambah IMAN, tambah AMAL, tambah PAHALA ^__-
No comments:
Post a Comment