Wednesday, 30 January 2013

Tautan Hati Insan...

Syukur kepada Illahi kerana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Sahabat, setiap orang mesti akan ada sahabat meskipun seorang. Sahabat ialah seorang kawan yang senantiasa bersama kita semasa senang dan susah. Seseorang yang dihantar Allah swt untuk membetulkan kita dan membantu kita sentiasa lurus dalam jalan Allah swt meskipun hanya dalam persahabatan. Seorang sahabat tidak dapat dicari ganti jika hilangya dia disisi kita. Walaupun jasadnya sudah jauh bersama kita tapi biarlah hati sentiasa terikat dengan benang kasih sayang Allah. Adanya dia disisi membuatkan kita bahagia. Hilangya dia disamping kita membuatkan kita rindu akan dia yang jauh. Bertemunya kita dan dia kerana perancangan indah dari Dia Yang Maha Esa. Hubungan yang terjalin selama berminggu2, berbulan2 sehingga bertahun2. Selama terjalinyanya ukhwahfillah, banyak kenangan yang dicoretkan bersama. Kenagan pahit dijadikan pengajaran buat diri yang serba kekurangan dan kenangan yang manis itu tersimpan dalam memori kehidupan. Suka duka dikongsi bersama. Mencari jalan penyelesaian bersama2 dalam setiap masalah yang dihadapi. Bersama2 menuntut ilmu, membetulkan kelemahan diri dan melakar kenangan di setiap persinggahan. Di mana ada kita pasti ada dia dan di mana ada dia pasti ada kita. Jadilah seorang sahabat yang benar2 sahabat sebelum kita inginkan seorang sahabat dalam perjalanan kehidupan kita. 


#sahabat...jauhnya dirimu aku rindu...adanyamu disisiku membuatkan aku bahagia...terima kasi sahabat kerana tidak jemu dalam uhkwahfillah yang dibina dengan tembok cinta dan akan DIA Yang Maha Besar. Syukurnya aku pada DIA kerana menghadiahkan mu dalam perjalanan kehidupanku. Akan ku simpan mu sahabat dalam diari hatiku.

No comments:

Post a Comment