Assalamualaikumw.b.t....
sekadar sedikit perkongsian ketika ini...pagi tadi pergi perpustakaan awam....niat asal nak cari rujukan untuk tesis..buku boleh tahan banyaknya...buku banyak tapi tak ada buku yang nak...tiba2 rasa 'stress' singgah dlm diri...hati rasa nak give up tapi ingat, jangan putus-asa..cari dulu(sabar2)..sambil2 cari buku...tiba2 terjumpa sebuah buku yang bertajuk "tazkiyatun nafs". lagsung tak ada kaitan dengan tajuk tesis tapi menarik perhatian untuk membaca buku ni. Sebab sebelum ni hanya pernah dengar je tajuk tapi tak pernah baca. So, sekarang ambil kesempatan yang ada untuk baca buku ni. Buka bahagian tengah bab sabar. Sabar ada tiga jenis iaitu sabar dalam taat perintah ALLAH swt, sabar dari kemaksiatan dan sabar dalam menerima ujian. :) Ada banyak dalil yang menerangkan sifat sabar dan kelebihan bersabar. Tapi ada satu dalil yang agak menyentuh hati...surah al-Baqarah ayat 157, mereka itulah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai kebaikan dari Tuhan mereka dan rahmat-Nya dan merekalah itulah orang2 yang dapat petunjuk hidayah-Nya.
Tersenyum sendiri. ALLAH! Terubat rasa gelisah di hati. ALLAH sentiasa bersamamu. Kena tingkatkan usaha dan banyakkan doa. Sebab ALLAH tidak akan timpakan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-Nya. InsyAllah, semoga Allah membantu diri ini dalam menyiapkan amanah yang diberikan. Dan semoga diberi kesabaran dalam menerima setiap ujian dari-Nya.
#Innallah ha ma'ana. Kasihnya DIA pada kita, hamba-Nya. Alhamdulilah dengan ayat Allah dapat memujuk hati supaya lebih bersabar dan berharap hanya kepada ALLAH swt ^_^
No comments:
Post a Comment