Saturday, 13 July 2013

Kalau Rasulullah saw Masih Ada...




“Biarkan air mata ini mengalir bersama dengan dosa-dosa yang teringat. Lelapkan kesemuan dunia yang hanya sementara. Bukalah sedikit matamu untuk melihat dunia yang abadi, telungkupkanlah tanganmu untuk memberi... Berikan senyummu agar orang lain merasakan kabahagiaanmu... Mari lukis perasan hati mencintai-Nya dengan keimanan dan ketakwaan”.


Ringkas je...

kalaulah Rasulullah saw masih ada...banyak yang nak diceritakan..nak tanya macam2...nak kongsi pelbagai perkara...kerana Baginda kekasih Allah swt...insan yang sangat mulia...
Malu rasanya bila mengharapkan syafaat baginda tapi sunnah dan ajaran baginda tak dipedulikan...Pengorbanan baginda di lupakan...Semestinya baginda sedih melihat keadaan ummatnya sekarang ni...terasa kerinduan pada baginda yang tak pernah bertentang mata tapi sirah baginda menjadi titik tolak perkenalan terhadap insan yang mulia ini...namanya sentiasa disebut2 walaupun sudah beribu tahun baginda tiada di dunia...Aku bersyukur kerana di lahirkan dalam agama Islam dan menjadi ummat Rasulullah saw...



#jom kita sama2 selawat ke atas junjungan baginda Rasulullah saw...dan jadikan ia satu amalan...

Saturday, 15 June 2013

Langkah Tercipta


Allah…

Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta


Petikan daripada lagu langkah tercipta yang dinyanyikan kumpulan nasyid terkenal, unic. Jika dihayati bait2 lirik ini pasti tersentuh jiwa lembut kita. Lumrah kehidupan kita sebagai manusia kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah. Kita bukan hidup bersendirian sebab adanya Dia yang sentiasa membimbing kita melalui liku2 kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.


Kita manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Sering kali diri dikalahi nafsu, iman di biarkan tanpa 'makanan'. Bila diri di hidangkan suatu pilihan antara kehendak iman atau kehendak nafsu, mungkin iman brjaya mengatasi nafsu atau nafsu berjaya kalahkan iman. Tepuk dada tanya iman kita ! 



Jangan kita minta dimudahkan ujian tapi mintalah dikurniakan hati yang kuat untuk hadapi ujian dan cabaran hidup. Iman kita manusia ada naik turunnya. Untuk jadi hamba yang hebat bukan mudah kerana jalannya amat sukar tapi dengan pertolongan Allah dan keyakinan terhadapnya, pasti terasa mudah :) 

Friday, 7 June 2013

KAU Hadir Dalam Munajatku


Apa yang saya nak kongi, buku ni memang best, memang terbaik. Seminggu lepas baru beli buku ni dan baru je habis baca. Untuk hayati betul2 sesuatu tu kita kena ambil masa. Bagi sayalah. Bergantung pada individu masing2. Tak rugi sikit pun beli buku ni. Banyak faedah dan ilmu yang boleh kita dapat daripada buku ni. Setiap kupasan disertakan dalil dan hadis. Ianya banyak berkaitan dengan kehidupan kita sebagai manusia atau hamba Allah swt. Buku ini menyentuh kehidupan kita dalam menjaga lisan, hati, solat, dan semua yang berkaitan dengan kita. Apa yang diceritakan penulis jugak memang bersangkut paut dengan fenomena kita pada hari ini. Kita boleh betulkan apa yang salah dalam hidup kita yang kita sangkakan ianya betul. Mungkin ada yang dah baca dan ada yang belum. Pada yang belum, jom baca (bukan promote ye, tapi nak masuk syurga sama2 korang) ;) .

#sekadar perkongsian buat sahabat2 yang disayangi ^_-

Wednesday, 1 May 2013

Perjalanan Di Bumi Tarbiyah

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Sama ada perpisahan untuk sementara atau perpisahan yang selamanya. Inilah dikatakan lumrah kehidupan. Hampir 3 tahun tinggal kat sini @ belajar kat sini, macam2 pengalaman dan pengajaran yang aq dapat. Ada kenangan manis, ada kenangan pahit. Yang manis tu aq simpan sebagai memori yang indah sepanjang aq di negeri orang. Kalu yang pahit tu, tak boleh nak simpan sebab takut mudaratkan diri. So, aq dh delete dari kamus hidup aq.

28/6/2010 hari Isnin, tarikh yang memang aq tak lupa sebab first time dtg kt bumi kipsas dan bermulalah kehidupan aq sebagai seorang pelajar dan jauh dari family...huhu..tp xpe...kerana ia satu pengalaman yg xsemua org dapat...mula2 sampai memang excited tp lps tu rasa mcm takut pulak nk duduk sini..pikir2, aq kat sini 3 tahun...iskk...lamanyeerr...dahlah xkenal sesape...rasa macam org asing..ermm...bile dah siap dftr sume, pergi masuk bilik...terkejutnya tgk bilik sbb....tp ape2 pn syukur sbb ada tmpt tinggal..hehe..kwn2 baru aq first of courselah budak bilikkan...sorg sabahan, sorg sarawak dan sorg ag dr utara, kedah...lps tu, brmulalah tempoh "penyeksaan", minggu orintasi..aq mmg xkn lupa minggu orntasi kat sini sbb mmg "trbaik"...5 hari orintasi macam 5 tahun aq kat sini...ok! stop sini bab minggu orintasi...biar ia jadi kenangan "trindah"...hehehe...

Sepanjang 3 tahun, semester demi semester aq dapat lepasi walaupun setiap perjalanan aq disini tak terlepas dari ujian dan dugaan,..alhamdulilah sebab aq dapat melepasi ujian2 Allah swt...kerana aq yakin ujian ini untuk memantapkan iman aq dan mengkafarah dosa2 aq...aq dapat mengenali persahabatan yang benar2 krn Allah swt...banyak yang aq dpt belajar kat sini...dr kwn2...pengalaman dan nasihat2 pensyarah takkan aq lupa...terima kasih kwn2 yg sudi menjadi kwn, sahabat, guru kpd aq yg trlalu bnyk kekurangan...aq syg sume ^_-...insyaAllah aq akan rindu kamu semua...ada hikmahnya Allah menghantar aq ke sini...di bumi tarbiyah yang penuh barakah...trlalu bnyk ilmu2 Allah..di bumi ini juga mengajar aq tentang Islam dengan lebih mendalam...mendekatkan aq kpd cinta-Nya dan mengenal akan kasih Rasulullah saw...pengalaman mendewasakan aq...aq yakin Allah sentiasa brsama aq ^_-
masjid KIPSAS :)

#terima kasih kpd sahabat2 yang banyak memberi sokongan, nasihat, cercaan, hinaan....aq jadikan itu sume asbab dan kekuatan utk memperbaiki diri dan kuat dalam perjalanan ini.

Thursday, 18 April 2013

Bitaufik Wannajjah

Tinggal beberapa hari je lagi nak final exam...dan dalam masa yang sama tinggal beberapa minggu je aq kat sini...dah nak habis belajar kat sini, ok!...hehe..nak exam tapi xprepare ape2 pn lagi...beselah..study last minute tu mmg tabiat aq...dari zaman sekolah lagi...nak buat macam mane...study awal2 x boleh nak masuk skit..tapi xdelah last minute pun...2,3 hari sebelum exam je...x boleh nak 'dikategorikan' best studentlah kn...sebab stdy lewat pd org lain...hehehe...do I care?...peduli apa org nak kate ;) asal apa yang kita buat Allah suka dan kita selesa :)


Kalau bab study ni, bukan kite main study je...bace je...first thing! kita kena pergi ambik wudhu' dulu...lepas tu, sembahyang sunat taubat dulu...almaklumlah..kita ni hari2 buat dosa...lepas tu, buat solat hajat...doa..mintak kat Allah swt terangkan hati kita..besihkan hati kita dari dosa2 yang pernah @ akan kita buat...mohon kat Dia kuatkan ingatan kita...lepas tu, baca doa dulu sebelum nak mula sutdy...bila tengah study tu, tibe2 rasa mengantuk atau bosan, kalau boleh atau pun jangan langsung pasang lagu2 yang boleh 'lagha' kan kita....pasang ayat2 al-Quran ke zikir ke qasidah ke....sambil2 dengar dapat juga pahala kan :)


Ok! bila dah sampai hari nak ambil exam tu, sebelum pergi dewan exam...call mak ayah kita dulu...mintak mereka doakan kita..mintak maaf dengan mak ayah kita...insyaAllah, baru hati kita akan rasa tenang dan lapang je nak jawab exam...dengan kengkawan kita pun kena mintak maaf juga...manalah tahu ada buat salah ke...dalam sedar atau pun tak....dengan pensyarah kita pun mesti kena minta maaf..minta halalkan ilmu kita...


insyaAllah...bila mak ayah kita redha, pensyarah kita redha, Allah swt pun redha dengan kita. Moga ada keberkatan dan kejayaan untuk kita.


#solat sunat tu bukan kita buat masa exam je...buat sokmo neh^_-semoga kejayaan milik kita ^__- selamat menjawab exam...buat habis baik!

Wednesday, 17 April 2013

Cantik Aturan-NYA

Alhamdulilah....hari ni dapat lagi meluangkan sedikit masa untuk "menaip" dalam ni...dah lama rasanya tak mencoret sesuatu disini...kadang2 apa yang kita harapkan, jauh dari kita..apa yang kita lihat, tak semestinya benar...benarlah Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang...


Sebelum ni, mungkin kita sering merasa sedih dan kecewa...tanpa kita sedar sebenarnya kita sedang diuji...mungkin di hadapan sana ada kebahagiaan yang menanti...sekarang kita nampak keadaannya lain tapi tak mustahil masa akan datang keadaannya berubah..."dulu lain, sekarang lain"...kerana setiap yang keluar dari mulut kita, kita akan diuji-Nya...




Apa yang berlaku adalah dengan izin Allah swt...tujuannya supaya kita bermuhasabah diri dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi...bukan sekadar melihat tanpa mengambil pengajaran...sebagai manusia yang dhaif, kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tetapi bukan selalu melakukan kesalahan tanpa ada rasa keinsafan dalam diri...tepuk dada tanya iman kita...bagaimana???


#sama2 kita bermuhasabah dan mengambil iktibar dengan setiap yang terjadi dalam kehidupan kita...

Wednesday, 3 April 2013

Hari Ini Penentu Hari Esok

"apa yang kita lakukan hari ini, menentukan siapa kita esok."

satu kata2 yang masih lagi terngiang2 dari seorang pendidik yang amat aku segani. Kata2 semangat dan motivasi tidak pernah lengkang dari bibir beliau. tapi nilah manusia, apa yang kita dengar hanya memberi kesan semasa mendengar kata2 tu. Lepas tu, masih ulang tabiat yang sama. Manusia tak pernah berubah.

Untuk menjadi orang HEBAT, PERSEDIAAN dan PENGORBANAN juga kena hebat. Memang susah tapi kalau itu yang kita pilih, tak ada yang mustahil. Selagi kita yakin dengan Allah swt, selagi kita bergantung dengan DIA, selagi DOA menjadi kekuatan, selagi ujian menambahkan usaha, selagi itulah kita takkan rasa jemu dan mudah berputus-asa dengan apa yang menimpa kita. Sebagai orang Islam, jangan ada istilah PUTUS-ASA dalam hidup. Jangan pernah berhenti mencuba dan terus mencuba. 

Untuk berjaya, kena jatuh dulu,
Untuk senang, kena susah dulu,
Untuk kaya, kena miskin dulu,
Tapi untuk merasa semua tu, banyak pengorbanan perlu dilakukan. 


Tika wajah penat memikirkan dunia..
Maka berwudhu'lah..

Tika tangan letih menggapai cita-cita..

Maka serulah Allahhu Akbar..

Tika bahu tiada kuasa memikul amanah..

Maka bersujudlah..

Tika hati dan perasaan terasa tersangat penat kerana terpaksa berperang dengan godaan syaitan dan nafsu seorang diri..

Maka sedarlah..anda tidak sendiri..ALLAH ada bersamamu...innallah ha ma'ana (^_-)






Monday, 25 March 2013

Itulah Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum w.b.t....
syukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi di ruangan kecil ini....ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari...inilah hakikat kehidupan kita sebagai manusia...yang indah dan bahagia itu tidak berkekalan..kerana ianya cuma pinjaman semata-mata...setiap kegembiraan akan disusuli kedukaan...setiap kesusahan disertakan kesenangan...begitulah sebaliknya...

"Allah swt  tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...." (surah al-Baqarah,ayat 286).

Kekadang hampir menyalahkan takdir...sedangkan kita hanyalah hamba...tak berhak untuk menghukum.... tapi jiwa kehambaan mengingatkan kembali bahawa kerdilnya diri di hadapan Sang Pencipta...malunya tak terungkap kerana ditarik sedikit nikmat yang banyak itu...lupanya aku untuk bersyukur dengan nikmat Mu Ya Allah...

Apa yang terjadi tu, mungkin petunjuk yang menyuruh kita berfikir...tapi kita malas untuk berusaha...hanya tahu menyerah pada DIA...jangan pernah lemah dengan kehidupan..kerana ianya satu cabaran...ujian yang menimpa untuk menyucikan diri daripada dosa2 lalu...bukan melemahkan kita...ada hari kita kita gembira...ada hari kita bersedih...itulah asam garam kehidupan...warna-warni kehidupan....bayangkan jika hidup ni hanya ada satu warna...bosankan?....macam tu jugak perjalanan dalam hidup kita... ^__^

#Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...


Monday, 11 March 2013

Rindukan Taman Syurga


Alhamdulilah..masih diberi kesempatan untuk mencoret kata2 di sini...beberapa hari lepas, Allah membuka hati ini untuk menghadiri majlis ilmu yang sangat indah dan bermakna...Saat melangkah ke dalam masjid...hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan niat diri yang lemah ini...Terasa benar2 rindu akan cinta-Nya...Alhamdulilah..masih diberi kesempatan saat ini untuk mencari redha-Nya dalam taman syurga yg menenangkan jiwa. Terasa amat lama tidak berada dalam keadaan seperti ini. Kerana kesibukan terlalu mengejar duniawi..Alpanya aku Ya Allah...Sambil2 mendengar ceramah ilmu yang disampaikn orang2 yang hebat ilmunya berbanding diri ini..tetibe2 hati ni tersentuh…dan hampir saje  air mata menitis menanda diri ini betul2 rindu akan Dia dan terasa dekat dengan-Nya… YA ALLAH…lalainya aku selama ini…jauhnya aku daripada Mu selama ini….benar2 hati ini merasa kosong..rinduNya aku pada Mu Ya Allah ;(…kerdilnya aku…hinanya aku…lalainya aku ;( tajuk ceramah juga amat memberi kesan yang mendalam pada diri yang kerdil ini...lebih menyentuh kepada isu zaman sekarang...isu remaja...usia remaja memang penuh cabaran...aku bertanya kepada diri sendiri...adakah aku manfaatkan usia remajaku???adakah aku jalankan tanggunjawabku dimuka bumi ni???semua persoalan tu tak dapat aku jawab...hanya Iman yang dapat memandu diri kita ke arah kebaikan yang kita cari...kadang2 kita berjaya melepasi rintangan ini tapi kekadang kita gagal....hanya Allah tempat kita berharap...Ya Rabb ;)

#indahnya hidup dengan cinta-Mu Yang Maha Esa....bila aku lalai...Engkau menegur dengan penuh hikmah...bila aku jauh...Engkau menarik aku kembali ke pangkuan-Mu....bila aku berduka...Engkau hadirkan penawar...

Saturday, 23 February 2013

Terpujuk Hatiku

   Assalamualaikumw.b.t....
sekadar sedikit perkongsian ketika ini...pagi tadi pergi perpustakaan awam....niat asal nak cari rujukan untuk tesis..buku boleh tahan banyaknya...buku banyak tapi tak ada buku yang nak...tiba2 rasa 'stress' singgah dlm diri...hati rasa nak give up tapi ingat, jangan putus-asa..cari dulu(sabar2)..sambil2 cari buku...tiba2 terjumpa sebuah buku yang bertajuk "tazkiyatun nafs". lagsung tak ada kaitan dengan tajuk tesis tapi menarik perhatian untuk membaca buku ni.  Sebab sebelum ni hanya pernah dengar je tajuk tapi tak pernah baca. So, sekarang ambil kesempatan yang ada untuk baca buku ni. Buka bahagian tengah bab sabar. Sabar ada tiga jenis iaitu sabar dalam taat perintah ALLAH swt, sabar dari kemaksiatan dan sabar dalam menerima ujian. :) Ada banyak dalil yang menerangkan sifat sabar dan kelebihan bersabar. Tapi ada satu dalil yang agak menyentuh hati...surah al-Baqarah ayat 157, mereka itulah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai  kebaikan dari Tuhan mereka dan rahmat-Nya dan merekalah itulah orang2 yang dapat petunjuk hidayah-Nya. 
Tersenyum sendiri. ALLAH! Terubat rasa gelisah di hati. ALLAH sentiasa bersamamu. Kena tingkatkan usaha dan banyakkan doa. Sebab ALLAH tidak akan timpakan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-Nya. InsyAllah, semoga Allah membantu diri ini dalam menyiapkan amanah yang diberikan. Dan semoga diberi kesabaran dalam menerima setiap ujian dari-Nya.

#Innallah ha ma'ana. Kasihnya DIA pada kita, hamba-Nya. Alhamdulilah dengan ayat Allah dapat memujuk hati supaya lebih bersabar dan berharap hanya kepada ALLAH swt ^_^

Wednesday, 20 February 2013

Tanda Cinta-Nya...

 Disaat diri tidak lagi tertanggung akan keletihan, ketika kaki benar2 berat untuk melangkah, bilamana jiwa mula rasa lemah dan hampir berputus-asa, tiba2 jauh di sudut di hati kecil terdetik, "Allah swt sedang mengujimu insan". "Ya Allah!! lemahnya aku dengan ujian-Mu yang sedikit ini." Gugurnya titisan air jernih disaat mengadu pada yang tercinta, Allah Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang dirasakan ketika ini. 


Pernahkah kita mengalami keadaan ini??? sudah pastinya kita semua pernah mengalami keadaan ni. Terasa lemah dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita seharian. Kadangkala kita akan merasa tegar dan kuat untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Tapi kadangkala kita tewas dengan keadaan ini. Seperti disaat kita jatuh, kita mungkin akan bangkit kembali dengan semangat dan niat yang baru tapi mungkin juga kita akan terus mengalah. Sedangkan ALLAH sudah bagitahu kepada kita dalam al-Quran, surah yusuf: 87, "jangan lah kamu berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t...sesungguhnya org berputus asa itu termasuk golongan org2 kafir(golongan ingkar). Walaubagaimanapun, takkan kita hanya mahu menyerah sebelum melawan. Dibaratkan kita perlu menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang tapi dalam perjalanan kita ada beberapa orang yang menghalang perjalanan itu. Demi ingin menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang, kita akan sanggup buat apa sahaja. Jadi, kita tetap akan melawan orang-orang yang menghalang perjalanan kita tadi. Bukan berpatah balik dengan mengatakan "aku tidak mampu melawan mereka". Disini, orang yang amat kita sayang tu adalah sebagai sesuatu yang kita betul2 ingin dapatkan iaitu impian dan cita2 kita dengan redha Allah. Orang2 yang menghalang perjalanan kita tu adalah diri kita sendiri. Iaitu rasa lemah dan berputus-asa yang boleh menghalang kita dalam meneruskan kehidupan ini. 

Sudah menjadi adat dan lumrah sebagai pelajar dengan timbunan kerja yang melambak, kelas yang padat. Tekanan sudah menjadi suatu kebiasaan. Masa tidur perlu dikurangkan. Semua yang terasa indah disaat bergelar pelajar mesti dikorbankan demi kejayaan di masa hadapan. Kerana apa yang kita buat pada hari ini menentukan masa depan kita. Bab kata pepatah, berakit2 ke hulu, berenang2 kemudian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Memang betul kata pepatah tu. Kita memang kena sakit dulu untuk merasakan manisnya kejayaan nanti. Sekarang kita akan rasa, susahnya. Ada je perkataan2 ni yang keluar dari mulut student, "banyaknya kerja nak kena buat, sakit kepala nak buat assingment2 ni, malasnya nak pergi kelas, susahnya subjek ni, satu pun aku tak faham, payahnya test ni, tak larat dah nak buat semua ni". Kenapa tersenyum??Mesti pernah cakapkan..hehehe..sudah menjadi kebiasaan seorang pelajar. Tidak pernah habis mengeluh. Hal yang sedikit pun nak dibesar2kan. Lepas tu, mulalah tension, nak marah2 semua orang. Tak naklah macam tu. Kita kena cool... Ingat! orang lain punya masalah lagi besar. Kalau setakat kita yang masih dalam negara yang boleh dikatakan aman ni, sudah terlalu besar nikmat yang Allah bagi sebenarnya. Kita kena tahu mungkin ujian2 ini sebagai kafarah dosa kita. Mungkin dah terlalu lalai dengan kehidupan kita.Mungkin kita lupakan ALLAH swt. Jadi, dengan ujian ni kita akan kembali kepada-Nya. Apa2 pun kena sentiasa ingat ALLAH. Hanya dengan ingatkan ALLAH, hati kita akan menjadi tenang. Dan  Allah sentiasa bersama orang yang bersabar dan mendirikan solat. Ha...satu lagi yang WAJIB kita kena buat. SOLAT. Ni kalau solat pun tak, mana taknya rasa tension tak memasal. Solat pun mesti kena jaga. Inilah dulu setakat ni. Dalam surah al-Baqarah: 153, “Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” 

#“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.”(surah Az Zumar:10) 

Saturday, 16 February 2013

Islam @ Melayu???


Islam @ Melayu….ada beza ke??sebenarnya ia sangat berbeza…saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam..dalam keluarga Islam…bukan tidak bangga menjadi orang Melayu tapi bagi saya agama itu lebih penting. Islam ni terlalu luas untuk diceritakan. Hanya agama Islam yang diiktiraf ALLAH. Islam agama yang syumul. Jadi, jika kita mengaku kita ni Islam…ada tak kita hidup secara Islam…betul2 Islam..ada tak kita buat apa yang ALLAH suruh buat?? kita tinggalkan tak apa yang ALLAH larang??tepuk dada tanya iman.. kita tak nak Islam hanya pada “ic”.  ika dinikmati betul2 akan Islam itu.. indahnya tak dapat digambarkan..manisnya tak terucap dengan kata2…subhannallah…  cuba kita lihat pada erti kalimah syahadah… “ tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.” Hanya ALLAH yang berhak kita sembah..bukan perkara2 lain selain ALLAH. Jangan sekali2 kita pernah menduakan ALLAH. Kerana Dia tuhan Yang Maha Esa. Kerana Dia kita ada didunia ni.. diberi peluang untuk hidup di bumi yang  sementara ini. Semua yang kita ada pada hari ini, semuanya milik ALLAH. Hatta nyawa kita sekalipun milik Dia. ALLAH tu tuhan kita. WAJIB bagi kita untuk menyembah-Nya. Bila2 masa saja Dia boleh ambik semuanya. Nabi Muhammad saw nabi kita. Baginda telah banyak bersusah payah demi kita. Bahkan, semasa baginda tengah nazak hanya “ummati, ummati, ummati” Yang terucap dibibir baginda. Baginda  sangat merindukan kita ummatnya. Sebelum kita wujud lagi, baginda sudah pun merindukan kita. Terlalu banyak pengorbanan baginda untuk Islam dan kita ummatnya. Semua itu takkan kita mampu membalasnya.  Baginda pernah dicaci, dikutuk, dihina, dipulaukan, dikatakan gila dan macam hinaan lagi. Semata2 untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam. Tapi sekarang kita ambil mudah dan pandang remeh dengan perkara2 yang bersangkutan Islam. Kenapa boleh jadi macam ni?? Tanya diri sendiri. Kita langsung tak hargai pengorbanan Rasullulah saw. Pasti baginda sedih melihat keadaan ummatnya sekarang ini. Sanggup ke kita membuat kekasih ALLAH yang mulia menitiskan air mata kerana kita?? Jom kita baiki balik diri kita semata2 kerana ALLAH & Rasullulah saw. Kita buka buku baru. Buku yang lama kita padam dengan istighfar dan taubat kita. Kita perbetulkan nawaitu kita. Kita dilahirkan sebagai dai’e. Tugas seorang dai’e terlalu berat. Jadi, kita sama2 kena jalankan tugas ni. Kita adalah ISLAM. InsyALLAH, semoga ALLAH memberi kemudahan kepada kita dan dibekalkan kita dengan sifat istiqamah. Mari kita beristighfar dan berselawat ke atas baginda saw. Astaghfirullahhal’azim…

#tambah ILMU, tambah IMAN, tambah AMAL, tambah PAHALA ^__-

Wednesday, 30 January 2013

Tautan Hati Insan...

Syukur kepada Illahi kerana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Sahabat, setiap orang mesti akan ada sahabat meskipun seorang. Sahabat ialah seorang kawan yang senantiasa bersama kita semasa senang dan susah. Seseorang yang dihantar Allah swt untuk membetulkan kita dan membantu kita sentiasa lurus dalam jalan Allah swt meskipun hanya dalam persahabatan. Seorang sahabat tidak dapat dicari ganti jika hilangya dia disisi kita. Walaupun jasadnya sudah jauh bersama kita tapi biarlah hati sentiasa terikat dengan benang kasih sayang Allah. Adanya dia disisi membuatkan kita bahagia. Hilangya dia disamping kita membuatkan kita rindu akan dia yang jauh. Bertemunya kita dan dia kerana perancangan indah dari Dia Yang Maha Esa. Hubungan yang terjalin selama berminggu2, berbulan2 sehingga bertahun2. Selama terjalinyanya ukhwahfillah, banyak kenangan yang dicoretkan bersama. Kenagan pahit dijadikan pengajaran buat diri yang serba kekurangan dan kenangan yang manis itu tersimpan dalam memori kehidupan. Suka duka dikongsi bersama. Mencari jalan penyelesaian bersama2 dalam setiap masalah yang dihadapi. Bersama2 menuntut ilmu, membetulkan kelemahan diri dan melakar kenangan di setiap persinggahan. Di mana ada kita pasti ada dia dan di mana ada dia pasti ada kita. Jadilah seorang sahabat yang benar2 sahabat sebelum kita inginkan seorang sahabat dalam perjalanan kehidupan kita. 


#sahabat...jauhnya dirimu aku rindu...adanyamu disisiku membuatkan aku bahagia...terima kasi sahabat kerana tidak jemu dalam uhkwahfillah yang dibina dengan tembok cinta dan akan DIA Yang Maha Besar. Syukurnya aku pada DIA kerana menghadiahkan mu dalam perjalanan kehidupanku. Akan ku simpan mu sahabat dalam diari hatiku.

Tuesday, 22 January 2013

Bila Yakin Adanya DIA...

Alangkah indahnya bila DIA di hati kita. Suatu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata2. Hanya orang yang benar2 rasa akan kehadiran-Nya dapat merasai perasaan itu. Subhanallah... Allahuakbar... Biar hidup kita menagih kasih dan cinta Illahi tapi bukan cinta duniawi. Kita sering kali bimbang jika kita tidak mendapatkan apa yang kita harapkan. Sedangkan rezeki kita sudah Allah swt tetapkan. Jika ia milik kita, kita tetap akan mendapatkannya sama ada lambat atau cepat. Tetapkan dalam hati kita, "kalau ALLAH dah tetapkan untuk aku, ianya takkan terlepas kat orang lain."

Bila kita yakin adanya DIA, kita tidak akan pernah merasakan kita bersendirian. Kita tidak akan pernah tewas dengan perasaan kecewa dan takut yang ada pada setiap insan yang bernama hamba. Ingatlah, kita ni adalah hamba kepada ALLAH swt. Hanya DIA yang menentukan kehidupan kita. Seperti firman ALLAH swt dalam surah al-Imran : 54, " Dan mereka merancang, ALLAH swt juga merancang, dan ALLAH swt sebaik-baik perancang." Ingatlah, ALLAH swt adalah sebaik-baik perancang. Yakinlah dalam hati kita.


Seringkali kita berputus-asa untuk berdoa kepada ALLAH swt. Kekadang ALLAH swt akan makbulkan doa kita secepatnya. Itu tanda ALLAH swt sayangkan kita. Kekadang juga doa kita dilambatkan makbul oleh ALLAH swt. Tapi bukan maknanya ALLAH swt tak sayang akan kita, cuma nak uji sejauh mana kesabaran kita sebagai hamba-Nya. Kekadang juga ALLAH swt tak makbulkan doa kita kerana ALLAH swt simpan dulu permintaan kita atau pun digantikan apa yang kita minta tu dengan perkara yang lebih baik buat kita. Ingat, kita bukan hanya hidup di dunia yang sementara ni tapi akhirat yang kekal adalah kampung kita yang sebenarnya. 

#Yakinlah ALLAH swt sentiasa ada disamping kita. Walaupun kita tak nampak DIA, cukuplah dulu untuk kita merasakan cinta dan kasih-Nya Yang Maha Besar. Jom sama2 kita cari ilmu dan beramal semata2 untuk mencari redha dan keampunan ALLAH swt. ^_^






Monday, 14 January 2013

Alhamdulilah

                     Lafaz alhamdulilah sukar untuk kita praktiskan dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang ianya suatu kelaziman yang sering meniti di bibir dan sentiasa lekat di hati. Tapi bagi sesetengah yang lain, ianya adalah suatu perkara yang janggal. Kerana tidak menjadi suatu kebiasaan dalam hidup mereka. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang ALLAH swt bagi kat kita. Jika dihitung akan nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita pasti tidak terkira dan tidak tercapai pada akal kita kerana terlalu banyak. Tapi kita ego. Cuba kita tanya pada diri sendiri. Pernah ke tidak aku bersyukur jika mendapat nikmat dari Yang Maha Esa.  Langsung tak ada rasa nak berterima kasih kepada Pemberi Nikmat. Nikmat yang kita sering lupakan dan menganggap ianya sebagai satu hiasan.

                Kita amat bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Islam dan dalam keluarga Islam. Iman dan kesihatan adalah suatu nikmat yang tidak terlafaz dengan kata-kata akan rasa syukur kepada ALLAH swt. Jika dibandingkan dengan seorang yang beriman dan jahil. Kita akan tengok banyak perbezaan. Contonya, bagi yang sentiasa hidup imannya. Dirinya tidak akan pernah rasa kosong dan bersendirian walhal dia bersendirian. Ini kerana keyakinannya yang kuat menyatakan ALLAH swt itu sentiasa ada disamping kita. ALLAH swt tidak pernah melupakan kita. Malah, kita yang sentiasa melupakan Dia. Bila kita susah, kita akan cari Dia. Doa tak henti2, solat sunat, solat  hajat tak pernah tinggal. Tapi bila kita dah dapat, doa sekejap2. Solat sunat, solat  hajat dah tinggalkan. Maklumlah, dah dapat apa yang dihajatkan. Tapi kita jangan lupa. Apa yang ALLAH swt bagi kat kita tu cuma sementara je. Pinjaman semata2. ALLAH swt boleh ambil bila2 masa je. Sebab apa yang kita ada bukannya hak kita. Bahkan nyawa kita sendiri hak milik ALLAH swt. 

#marilah kita sama2 ambil sedikit masa dalam setiap jam yang kita lalui untuk bermuhasabah diri atas kekhilafan dan dosa2 kita yang kita lakukan. Dan biarlah hati kita sentiasa yakin akan adanya ALLAH swt dan cinta-Nya. Alhamdulilah...alhamdulilah...alhamdulilah...lafaz yang mudah tapi susah untuk di amalkan. Terkandung makna yang sangat indah. Astaghfirullahhal'azim.... ^_^

Thursday, 10 January 2013

Manisnya sabar dalam ujian...

Dalam kehidupan setiap insan mesti melalui pelbagai ujian dan halangan. Itulah rencah dalam kehidupan yang bergelar insani. Kekadang kita berjaya merentasi halangan itu tapi kekadang kita gagal. Mungkin kita pernah dengar, "Sabar..sabar..kau cakap senanglah sebab bukan kau yang kena." Untuk menjadi seorang manusia yang ada sifat sabar, mungkin agak susah. Kerana sifat sabar itu perlu dipupuk dalam diri seseorang. Bukan hanya sabar di mulut tapi biarlah sabar juga dalam mengawal nafsu kita. Sabar juga salah satu daripada cabang iman. Kita biasa mendengar "sabar itu separuh daripada iman". Pada mulanya sabar itu amat sakit dan pahit. Tapi di hujung kesabaran itu ada ganjaran dan kemanisan iman. Dalam kita bersabar, mungkin akan ada air jernih yang menemani dan saat  itu juga hati terasa amat perit. Sebenarnya kita bersabar dalam setiap saat kehidupan kita. Bagi orang yang beriman dan yakin pada janji-janji ALLAH swt, setiap ujian yang ditimpa ke atasnya akan dihadapi dengan penuh redha dan kesabaran. Dan menyerahkan segala urusan kepada ALLAH swt. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.  Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran dari ALLAH swt di akhirat kelak.

Ujian yang ditimpakan ke atas kita, hamba-Nya. Ujian itu tanda ALLAH swt sayang dan kasih akan kita. Mungkin disebabkan kita semakin menjauh dari-Nya dan sentiasa melakukan perkara yang dilarang ALLAH swt dan meninggalkan suruhan-Nya. Di saat kita lalai dalam mengingati Allah swt, ALLAH swt akan memberikan sedikit ujian sebagai teguran supaya kita kembali kepada-Nya. Dia rindu nak dengar suara2 hamba-Nya. Kerana apabila kita senang kita akan lupakan kepada ALLAH swt yang memberikan nikmat kesenangan kepada kita. Kitta akan ingat ALLAH swt apabila kita inginkan sesuatu dan di saat kita merasa kesusahan. Itu sebenarnya kita. Jika dihitung nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita, pasti tidak akan terkira. Kerana terlalu banyak nikmat dan kurnia yang ALLAH swt berikan kepada kita. Ingatlah, kita adalah hak milik kekal ALLAH swt, bersyukurlah kita ke atas setiap nikmat yang kita gunakan walaupun ianya hanyalah pinjaman sementara dan beribadatlah kita dalam mencari redha dan keampunan ALLAH swt.

#Allah swt hanya suruh kita buat apa yang disuruh dan jangan buat apa yang Allah swt larang. Dekat pun jangan. Allah swt dah bagi kita macam2 nikmat dan kesenangan tapi takkan kita tak boleh buat apa yang Allah suruh. Sama2 kita berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Kerana takwa adalah sebaik-baik pakaian orang mukmin. Asif. 

Friday, 4 January 2013

Jumaat pertama 2013



Hari Jumaat adalah penghulu segala hari (saidul ayim). Di mana hari Jumaat, berlakunya kiamat, diciptakan Nabi Adam a.s dan dikeluarkan Nabi Adam a.s dari syurga . Terdapat pelbagai fadhilat dan adab2 yang perlukan dilakukan sebagai seorang muslim. Jadi, sama2lah kita mengambil kesempatan untuk merebut fadhilat2 dan janji2 yang telah dijanjikan Allah swt. Kita disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Sebab sesiapa yang baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat. Kita juga disunatkan memotong kuku, rambut, dan memakai wangian. Takkan kita nak lepaskan peluang ni.  Bagi kaum muslimin, disunatkan memakai wangian dan pergi awal ke masjid. Janganlah pergi bila khutbah dah habis baca. Kalau pergi dah habis tok khatib baca khutbah memang tak ada fadhilat sembahyang Jumaat. Ruginyakan kalau terlepas peluang macam ni. Setiap langkah ke masjid tu diberikan ganjaran. Jadi, kalau boleh eloklah pergi jalan kaki je kan. Tak rugi pun kan. Bila dah ada dalam masjid tu, jangan bercakap2 pulak. Lebih baik berzikirkan. Jangan bercakap masa khutbah dibacakan. Ambilah peluang yang Allah berikan. Jangan lupa ajak kawan2 sekali ye. Salam Jumaat ^__-.

#semoga kita senantiasa dapat melakukan perkara yang diredhai ALLAH swt....asif/maaf.