Hari Jumaat adalah penghulu segala hari (saidul ayim). Di mana hari Jumaat, berlakunya kiamat, diciptakan Nabi Adam a.s dan dikeluarkan Nabi Adam a.s dari syurga . Terdapat pelbagai fadhilat dan adab2 yang perlukan dilakukan sebagai seorang muslim. Jadi, sama2lah kita mengambil kesempatan untuk merebut fadhilat2 dan janji2 yang telah dijanjikan Allah swt. Kita disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Sebab sesiapa yang baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat. Kita juga disunatkan memotong kuku, rambut, dan memakai wangian. Takkan kita nak lepaskan peluang ni. Bagi kaum muslimin, disunatkan memakai wangian dan pergi awal ke masjid. Janganlah pergi bila khutbah dah habis baca. Kalau pergi dah habis tok khatib baca khutbah memang tak ada fadhilat sembahyang Jumaat. Ruginyakan kalau terlepas peluang macam ni. Setiap langkah ke masjid tu diberikan ganjaran. Jadi, kalau boleh eloklah pergi jalan kaki je kan. Tak rugi pun kan. Bila dah ada dalam masjid tu, jangan bercakap2 pulak. Lebih baik berzikirkan. Jangan bercakap masa khutbah dibacakan. Ambilah peluang yang Allah berikan. Jangan lupa ajak kawan2 sekali ye. Salam Jumaat ^__-.
#semoga kita senantiasa dapat melakukan perkara yang diredhai ALLAH swt....asif/maaf.
#semoga kita senantiasa dapat melakukan perkara yang diredhai ALLAH swt....asif/maaf.
No comments:
Post a Comment