Saturday, 23 February 2013

Terpujuk Hatiku

   Assalamualaikumw.b.t....
sekadar sedikit perkongsian ketika ini...pagi tadi pergi perpustakaan awam....niat asal nak cari rujukan untuk tesis..buku boleh tahan banyaknya...buku banyak tapi tak ada buku yang nak...tiba2 rasa 'stress' singgah dlm diri...hati rasa nak give up tapi ingat, jangan putus-asa..cari dulu(sabar2)..sambil2 cari buku...tiba2 terjumpa sebuah buku yang bertajuk "tazkiyatun nafs". lagsung tak ada kaitan dengan tajuk tesis tapi menarik perhatian untuk membaca buku ni.  Sebab sebelum ni hanya pernah dengar je tajuk tapi tak pernah baca. So, sekarang ambil kesempatan yang ada untuk baca buku ni. Buka bahagian tengah bab sabar. Sabar ada tiga jenis iaitu sabar dalam taat perintah ALLAH swt, sabar dari kemaksiatan dan sabar dalam menerima ujian. :) Ada banyak dalil yang menerangkan sifat sabar dan kelebihan bersabar. Tapi ada satu dalil yang agak menyentuh hati...surah al-Baqarah ayat 157, mereka itulah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai  kebaikan dari Tuhan mereka dan rahmat-Nya dan merekalah itulah orang2 yang dapat petunjuk hidayah-Nya. 
Tersenyum sendiri. ALLAH! Terubat rasa gelisah di hati. ALLAH sentiasa bersamamu. Kena tingkatkan usaha dan banyakkan doa. Sebab ALLAH tidak akan timpakan sesuatu ujian diluar kemampuan hamba-Nya. InsyAllah, semoga Allah membantu diri ini dalam menyiapkan amanah yang diberikan. Dan semoga diberi kesabaran dalam menerima setiap ujian dari-Nya.

#Innallah ha ma'ana. Kasihnya DIA pada kita, hamba-Nya. Alhamdulilah dengan ayat Allah dapat memujuk hati supaya lebih bersabar dan berharap hanya kepada ALLAH swt ^_^

Wednesday, 20 February 2013

Tanda Cinta-Nya...

 Disaat diri tidak lagi tertanggung akan keletihan, ketika kaki benar2 berat untuk melangkah, bilamana jiwa mula rasa lemah dan hampir berputus-asa, tiba2 jauh di sudut di hati kecil terdetik, "Allah swt sedang mengujimu insan". "Ya Allah!! lemahnya aku dengan ujian-Mu yang sedikit ini." Gugurnya titisan air jernih disaat mengadu pada yang tercinta, Allah Yang Maha Mengetahui akan segala apa yang dirasakan ketika ini. 


Pernahkah kita mengalami keadaan ini??? sudah pastinya kita semua pernah mengalami keadaan ni. Terasa lemah dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan kita seharian. Kadangkala kita akan merasa tegar dan kuat untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Tapi kadangkala kita tewas dengan keadaan ini. Seperti disaat kita jatuh, kita mungkin akan bangkit kembali dengan semangat dan niat yang baru tapi mungkin juga kita akan terus mengalah. Sedangkan ALLAH sudah bagitahu kepada kita dalam al-Quran, surah yusuf: 87, "jangan lah kamu berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t...sesungguhnya org berputus asa itu termasuk golongan org2 kafir(golongan ingkar). Walaubagaimanapun, takkan kita hanya mahu menyerah sebelum melawan. Dibaratkan kita perlu menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang tapi dalam perjalanan kita ada beberapa orang yang menghalang perjalanan itu. Demi ingin menyelamatkan seseorang yang amat kita sayang, kita akan sanggup buat apa sahaja. Jadi, kita tetap akan melawan orang-orang yang menghalang perjalanan kita tadi. Bukan berpatah balik dengan mengatakan "aku tidak mampu melawan mereka". Disini, orang yang amat kita sayang tu adalah sebagai sesuatu yang kita betul2 ingin dapatkan iaitu impian dan cita2 kita dengan redha Allah. Orang2 yang menghalang perjalanan kita tu adalah diri kita sendiri. Iaitu rasa lemah dan berputus-asa yang boleh menghalang kita dalam meneruskan kehidupan ini. 

Sudah menjadi adat dan lumrah sebagai pelajar dengan timbunan kerja yang melambak, kelas yang padat. Tekanan sudah menjadi suatu kebiasaan. Masa tidur perlu dikurangkan. Semua yang terasa indah disaat bergelar pelajar mesti dikorbankan demi kejayaan di masa hadapan. Kerana apa yang kita buat pada hari ini menentukan masa depan kita. Bab kata pepatah, berakit2 ke hulu, berenang2 kemudian. Bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. Memang betul kata pepatah tu. Kita memang kena sakit dulu untuk merasakan manisnya kejayaan nanti. Sekarang kita akan rasa, susahnya. Ada je perkataan2 ni yang keluar dari mulut student, "banyaknya kerja nak kena buat, sakit kepala nak buat assingment2 ni, malasnya nak pergi kelas, susahnya subjek ni, satu pun aku tak faham, payahnya test ni, tak larat dah nak buat semua ni". Kenapa tersenyum??Mesti pernah cakapkan..hehehe..sudah menjadi kebiasaan seorang pelajar. Tidak pernah habis mengeluh. Hal yang sedikit pun nak dibesar2kan. Lepas tu, mulalah tension, nak marah2 semua orang. Tak naklah macam tu. Kita kena cool... Ingat! orang lain punya masalah lagi besar. Kalau setakat kita yang masih dalam negara yang boleh dikatakan aman ni, sudah terlalu besar nikmat yang Allah bagi sebenarnya. Kita kena tahu mungkin ujian2 ini sebagai kafarah dosa kita. Mungkin dah terlalu lalai dengan kehidupan kita.Mungkin kita lupakan ALLAH swt. Jadi, dengan ujian ni kita akan kembali kepada-Nya. Apa2 pun kena sentiasa ingat ALLAH. Hanya dengan ingatkan ALLAH, hati kita akan menjadi tenang. Dan  Allah sentiasa bersama orang yang bersabar dan mendirikan solat. Ha...satu lagi yang WAJIB kita kena buat. SOLAT. Ni kalau solat pun tak, mana taknya rasa tension tak memasal. Solat pun mesti kena jaga. Inilah dulu setakat ni. Dalam surah al-Baqarah: 153, “Mohon pertolonganlah kamu sekalian dengan sabar dan mengerjakan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” 

#“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas.”(surah Az Zumar:10) 

Saturday, 16 February 2013

Islam @ Melayu???


Islam @ Melayu….ada beza ke??sebenarnya ia sangat berbeza…saya bersyukur dilahirkan sebagai Islam..dalam keluarga Islam…bukan tidak bangga menjadi orang Melayu tapi bagi saya agama itu lebih penting. Islam ni terlalu luas untuk diceritakan. Hanya agama Islam yang diiktiraf ALLAH. Islam agama yang syumul. Jadi, jika kita mengaku kita ni Islam…ada tak kita hidup secara Islam…betul2 Islam..ada tak kita buat apa yang ALLAH suruh buat?? kita tinggalkan tak apa yang ALLAH larang??tepuk dada tanya iman.. kita tak nak Islam hanya pada “ic”.  ika dinikmati betul2 akan Islam itu.. indahnya tak dapat digambarkan..manisnya tak terucap dengan kata2…subhannallah…  cuba kita lihat pada erti kalimah syahadah… “ tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.” Hanya ALLAH yang berhak kita sembah..bukan perkara2 lain selain ALLAH. Jangan sekali2 kita pernah menduakan ALLAH. Kerana Dia tuhan Yang Maha Esa. Kerana Dia kita ada didunia ni.. diberi peluang untuk hidup di bumi yang  sementara ini. Semua yang kita ada pada hari ini, semuanya milik ALLAH. Hatta nyawa kita sekalipun milik Dia. ALLAH tu tuhan kita. WAJIB bagi kita untuk menyembah-Nya. Bila2 masa saja Dia boleh ambik semuanya. Nabi Muhammad saw nabi kita. Baginda telah banyak bersusah payah demi kita. Bahkan, semasa baginda tengah nazak hanya “ummati, ummati, ummati” Yang terucap dibibir baginda. Baginda  sangat merindukan kita ummatnya. Sebelum kita wujud lagi, baginda sudah pun merindukan kita. Terlalu banyak pengorbanan baginda untuk Islam dan kita ummatnya. Semua itu takkan kita mampu membalasnya.  Baginda pernah dicaci, dikutuk, dihina, dipulaukan, dikatakan gila dan macam hinaan lagi. Semata2 untuk menyebarkan dan mempertahankan Islam. Tapi sekarang kita ambil mudah dan pandang remeh dengan perkara2 yang bersangkutan Islam. Kenapa boleh jadi macam ni?? Tanya diri sendiri. Kita langsung tak hargai pengorbanan Rasullulah saw. Pasti baginda sedih melihat keadaan ummatnya sekarang ini. Sanggup ke kita membuat kekasih ALLAH yang mulia menitiskan air mata kerana kita?? Jom kita baiki balik diri kita semata2 kerana ALLAH & Rasullulah saw. Kita buka buku baru. Buku yang lama kita padam dengan istighfar dan taubat kita. Kita perbetulkan nawaitu kita. Kita dilahirkan sebagai dai’e. Tugas seorang dai’e terlalu berat. Jadi, kita sama2 kena jalankan tugas ni. Kita adalah ISLAM. InsyALLAH, semoga ALLAH memberi kemudahan kepada kita dan dibekalkan kita dengan sifat istiqamah. Mari kita beristighfar dan berselawat ke atas baginda saw. Astaghfirullahhal’azim…

#tambah ILMU, tambah IMAN, tambah AMAL, tambah PAHALA ^__-