Wednesday, 30 January 2013

Tautan Hati Insan...

Syukur kepada Illahi kerana masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman hidup. Sahabat, setiap orang mesti akan ada sahabat meskipun seorang. Sahabat ialah seorang kawan yang senantiasa bersama kita semasa senang dan susah. Seseorang yang dihantar Allah swt untuk membetulkan kita dan membantu kita sentiasa lurus dalam jalan Allah swt meskipun hanya dalam persahabatan. Seorang sahabat tidak dapat dicari ganti jika hilangya dia disisi kita. Walaupun jasadnya sudah jauh bersama kita tapi biarlah hati sentiasa terikat dengan benang kasih sayang Allah. Adanya dia disisi membuatkan kita bahagia. Hilangya dia disamping kita membuatkan kita rindu akan dia yang jauh. Bertemunya kita dan dia kerana perancangan indah dari Dia Yang Maha Esa. Hubungan yang terjalin selama berminggu2, berbulan2 sehingga bertahun2. Selama terjalinyanya ukhwahfillah, banyak kenangan yang dicoretkan bersama. Kenagan pahit dijadikan pengajaran buat diri yang serba kekurangan dan kenangan yang manis itu tersimpan dalam memori kehidupan. Suka duka dikongsi bersama. Mencari jalan penyelesaian bersama2 dalam setiap masalah yang dihadapi. Bersama2 menuntut ilmu, membetulkan kelemahan diri dan melakar kenangan di setiap persinggahan. Di mana ada kita pasti ada dia dan di mana ada dia pasti ada kita. Jadilah seorang sahabat yang benar2 sahabat sebelum kita inginkan seorang sahabat dalam perjalanan kehidupan kita. 


#sahabat...jauhnya dirimu aku rindu...adanyamu disisiku membuatkan aku bahagia...terima kasi sahabat kerana tidak jemu dalam uhkwahfillah yang dibina dengan tembok cinta dan akan DIA Yang Maha Besar. Syukurnya aku pada DIA kerana menghadiahkan mu dalam perjalanan kehidupanku. Akan ku simpan mu sahabat dalam diari hatiku.

Tuesday, 22 January 2013

Bila Yakin Adanya DIA...

Alangkah indahnya bila DIA di hati kita. Suatu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata2. Hanya orang yang benar2 rasa akan kehadiran-Nya dapat merasai perasaan itu. Subhanallah... Allahuakbar... Biar hidup kita menagih kasih dan cinta Illahi tapi bukan cinta duniawi. Kita sering kali bimbang jika kita tidak mendapatkan apa yang kita harapkan. Sedangkan rezeki kita sudah Allah swt tetapkan. Jika ia milik kita, kita tetap akan mendapatkannya sama ada lambat atau cepat. Tetapkan dalam hati kita, "kalau ALLAH dah tetapkan untuk aku, ianya takkan terlepas kat orang lain."

Bila kita yakin adanya DIA, kita tidak akan pernah merasakan kita bersendirian. Kita tidak akan pernah tewas dengan perasaan kecewa dan takut yang ada pada setiap insan yang bernama hamba. Ingatlah, kita ni adalah hamba kepada ALLAH swt. Hanya DIA yang menentukan kehidupan kita. Seperti firman ALLAH swt dalam surah al-Imran : 54, " Dan mereka merancang, ALLAH swt juga merancang, dan ALLAH swt sebaik-baik perancang." Ingatlah, ALLAH swt adalah sebaik-baik perancang. Yakinlah dalam hati kita.


Seringkali kita berputus-asa untuk berdoa kepada ALLAH swt. Kekadang ALLAH swt akan makbulkan doa kita secepatnya. Itu tanda ALLAH swt sayangkan kita. Kekadang juga doa kita dilambatkan makbul oleh ALLAH swt. Tapi bukan maknanya ALLAH swt tak sayang akan kita, cuma nak uji sejauh mana kesabaran kita sebagai hamba-Nya. Kekadang juga ALLAH swt tak makbulkan doa kita kerana ALLAH swt simpan dulu permintaan kita atau pun digantikan apa yang kita minta tu dengan perkara yang lebih baik buat kita. Ingat, kita bukan hanya hidup di dunia yang sementara ni tapi akhirat yang kekal adalah kampung kita yang sebenarnya. 

#Yakinlah ALLAH swt sentiasa ada disamping kita. Walaupun kita tak nampak DIA, cukuplah dulu untuk kita merasakan cinta dan kasih-Nya Yang Maha Besar. Jom sama2 kita cari ilmu dan beramal semata2 untuk mencari redha dan keampunan ALLAH swt. ^_^






Monday, 14 January 2013

Alhamdulilah

                     Lafaz alhamdulilah sukar untuk kita praktiskan dalam kehidupan kita. Mungkin bagi sesetengah orang ianya suatu kelaziman yang sering meniti di bibir dan sentiasa lekat di hati. Tapi bagi sesetengah yang lain, ianya adalah suatu perkara yang janggal. Kerana tidak menjadi suatu kebiasaan dalam hidup mereka. Sedangkan terlalu banyak nikmat yang ALLAH swt bagi kat kita. Jika dihitung akan nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita pasti tidak terkira dan tidak tercapai pada akal kita kerana terlalu banyak. Tapi kita ego. Cuba kita tanya pada diri sendiri. Pernah ke tidak aku bersyukur jika mendapat nikmat dari Yang Maha Esa.  Langsung tak ada rasa nak berterima kasih kepada Pemberi Nikmat. Nikmat yang kita sering lupakan dan menganggap ianya sebagai satu hiasan.

                Kita amat bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Islam dan dalam keluarga Islam. Iman dan kesihatan adalah suatu nikmat yang tidak terlafaz dengan kata-kata akan rasa syukur kepada ALLAH swt. Jika dibandingkan dengan seorang yang beriman dan jahil. Kita akan tengok banyak perbezaan. Contonya, bagi yang sentiasa hidup imannya. Dirinya tidak akan pernah rasa kosong dan bersendirian walhal dia bersendirian. Ini kerana keyakinannya yang kuat menyatakan ALLAH swt itu sentiasa ada disamping kita. ALLAH swt tidak pernah melupakan kita. Malah, kita yang sentiasa melupakan Dia. Bila kita susah, kita akan cari Dia. Doa tak henti2, solat sunat, solat  hajat tak pernah tinggal. Tapi bila kita dah dapat, doa sekejap2. Solat sunat, solat  hajat dah tinggalkan. Maklumlah, dah dapat apa yang dihajatkan. Tapi kita jangan lupa. Apa yang ALLAH swt bagi kat kita tu cuma sementara je. Pinjaman semata2. ALLAH swt boleh ambil bila2 masa je. Sebab apa yang kita ada bukannya hak kita. Bahkan nyawa kita sendiri hak milik ALLAH swt. 

#marilah kita sama2 ambil sedikit masa dalam setiap jam yang kita lalui untuk bermuhasabah diri atas kekhilafan dan dosa2 kita yang kita lakukan. Dan biarlah hati kita sentiasa yakin akan adanya ALLAH swt dan cinta-Nya. Alhamdulilah...alhamdulilah...alhamdulilah...lafaz yang mudah tapi susah untuk di amalkan. Terkandung makna yang sangat indah. Astaghfirullahhal'azim.... ^_^

Thursday, 10 January 2013

Manisnya sabar dalam ujian...

Dalam kehidupan setiap insan mesti melalui pelbagai ujian dan halangan. Itulah rencah dalam kehidupan yang bergelar insani. Kekadang kita berjaya merentasi halangan itu tapi kekadang kita gagal. Mungkin kita pernah dengar, "Sabar..sabar..kau cakap senanglah sebab bukan kau yang kena." Untuk menjadi seorang manusia yang ada sifat sabar, mungkin agak susah. Kerana sifat sabar itu perlu dipupuk dalam diri seseorang. Bukan hanya sabar di mulut tapi biarlah sabar juga dalam mengawal nafsu kita. Sabar juga salah satu daripada cabang iman. Kita biasa mendengar "sabar itu separuh daripada iman". Pada mulanya sabar itu amat sakit dan pahit. Tapi di hujung kesabaran itu ada ganjaran dan kemanisan iman. Dalam kita bersabar, mungkin akan ada air jernih yang menemani dan saat  itu juga hati terasa amat perit. Sebenarnya kita bersabar dalam setiap saat kehidupan kita. Bagi orang yang beriman dan yakin pada janji-janji ALLAH swt, setiap ujian yang ditimpa ke atasnya akan dihadapi dengan penuh redha dan kesabaran. Dan menyerahkan segala urusan kepada ALLAH swt. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.  Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran dari ALLAH swt di akhirat kelak.

Ujian yang ditimpakan ke atas kita, hamba-Nya. Ujian itu tanda ALLAH swt sayang dan kasih akan kita. Mungkin disebabkan kita semakin menjauh dari-Nya dan sentiasa melakukan perkara yang dilarang ALLAH swt dan meninggalkan suruhan-Nya. Di saat kita lalai dalam mengingati Allah swt, ALLAH swt akan memberikan sedikit ujian sebagai teguran supaya kita kembali kepada-Nya. Dia rindu nak dengar suara2 hamba-Nya. Kerana apabila kita senang kita akan lupakan kepada ALLAH swt yang memberikan nikmat kesenangan kepada kita. Kitta akan ingat ALLAH swt apabila kita inginkan sesuatu dan di saat kita merasa kesusahan. Itu sebenarnya kita. Jika dihitung nikmat yang ALLAH swt kurniakan kepada kita, pasti tidak akan terkira. Kerana terlalu banyak nikmat dan kurnia yang ALLAH swt berikan kepada kita. Ingatlah, kita adalah hak milik kekal ALLAH swt, bersyukurlah kita ke atas setiap nikmat yang kita gunakan walaupun ianya hanyalah pinjaman sementara dan beribadatlah kita dalam mencari redha dan keampunan ALLAH swt.

#Allah swt hanya suruh kita buat apa yang disuruh dan jangan buat apa yang Allah swt larang. Dekat pun jangan. Allah swt dah bagi kita macam2 nikmat dan kesenangan tapi takkan kita tak boleh buat apa yang Allah suruh. Sama2 kita berusaha untuk menjadi hamba yang bertakwa. Kerana takwa adalah sebaik-baik pakaian orang mukmin. Asif. 

Friday, 4 January 2013

Jumaat pertama 2013



Hari Jumaat adalah penghulu segala hari (saidul ayim). Di mana hari Jumaat, berlakunya kiamat, diciptakan Nabi Adam a.s dan dikeluarkan Nabi Adam a.s dari syurga . Terdapat pelbagai fadhilat dan adab2 yang perlukan dilakukan sebagai seorang muslim. Jadi, sama2lah kita mengambil kesempatan untuk merebut fadhilat2 dan janji2 yang telah dijanjikan Allah swt. Kita disunatkan membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Sebab sesiapa yang baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat. Kita juga disunatkan memotong kuku, rambut, dan memakai wangian. Takkan kita nak lepaskan peluang ni.  Bagi kaum muslimin, disunatkan memakai wangian dan pergi awal ke masjid. Janganlah pergi bila khutbah dah habis baca. Kalau pergi dah habis tok khatib baca khutbah memang tak ada fadhilat sembahyang Jumaat. Ruginyakan kalau terlepas peluang macam ni. Setiap langkah ke masjid tu diberikan ganjaran. Jadi, kalau boleh eloklah pergi jalan kaki je kan. Tak rugi pun kan. Bila dah ada dalam masjid tu, jangan bercakap2 pulak. Lebih baik berzikirkan. Jangan bercakap masa khutbah dibacakan. Ambilah peluang yang Allah berikan. Jangan lupa ajak kawan2 sekali ye. Salam Jumaat ^__-.

#semoga kita senantiasa dapat melakukan perkara yang diredhai ALLAH swt....asif/maaf.