Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
padaMu ku meminta
Petikan daripada lagu langkah tercipta yang dinyanyikan kumpulan nasyid terkenal, unic. Jika dihayati bait2 lirik ini pasti tersentuh jiwa lembut kita. Lumrah kehidupan kita sebagai manusia kadang2 kita di atas dan kadang2 kita di bawah. Kita bukan hidup bersendirian sebab adanya Dia yang sentiasa membimbing kita melalui liku2 kehidupan yang penuh ujian dan cabaran.
Kita manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan. Sering kali diri dikalahi nafsu, iman di biarkan tanpa 'makanan'. Bila diri di hidangkan suatu pilihan antara kehendak iman atau kehendak nafsu, mungkin iman brjaya mengatasi nafsu atau nafsu berjaya kalahkan iman. Tepuk dada tanya iman kita !
Jangan kita minta dimudahkan ujian tapi mintalah dikurniakan hati yang kuat untuk hadapi ujian dan cabaran hidup. Iman kita manusia ada naik turunnya. Untuk jadi hamba yang hebat bukan mudah kerana jalannya amat sukar tapi dengan pertolongan Allah dan keyakinan terhadapnya, pasti terasa mudah :)