Assalamualaikum w.b.t....
syukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi di ruangan kecil ini....ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari...inilah hakikat kehidupan kita sebagai manusia...yang indah dan bahagia itu tidak berkekalan..kerana ianya cuma pinjaman semata-mata...setiap kegembiraan akan disusuli kedukaan...setiap kesusahan disertakan kesenangan...begitulah sebaliknya..."Allah swt tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...." (surah al-Baqarah,ayat 286).
Kekadang hampir menyalahkan takdir...sedangkan kita hanyalah hamba...tak berhak untuk menghukum.... tapi jiwa kehambaan mengingatkan kembali bahawa kerdilnya diri di hadapan Sang Pencipta...malunya tak terungkap kerana ditarik sedikit nikmat yang banyak itu...lupanya aku untuk bersyukur dengan nikmat Mu Ya Allah...
Apa yang terjadi tu, mungkin petunjuk yang menyuruh kita berfikir...tapi kita malas untuk berusaha...hanya tahu menyerah pada DIA...jangan pernah lemah dengan kehidupan..kerana ianya satu cabaran...ujian yang menimpa untuk menyucikan diri daripada dosa2 lalu...bukan melemahkan kita...ada hari kita kita gembira...ada hari kita bersedih...itulah asam garam kehidupan...warna-warni kehidupan....bayangkan jika hidup ni hanya ada satu warna...bosankan?....macam tu jugak perjalanan dalam hidup kita... ^__^
#Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...