Monday, 31 December 2012

Ketika jodoh terlambat datang...



Jodoh itu telah digariskan

Jodoh itu telah ditentukan

Jodoh itu telah ditakdirkan.

Walaupun hal itu tetap menjadi rahasia-Nya,dengan siapa nantinya kita berjodoh.

Jodoh itu tidak hanya milik sebahagian orang, tidak hanya untukku. Tidak juga hanya untuk kalian dan tidak juga hanya untuk mereka.

Akan tetapi, kita semua mempunyai kesempatan yg sama untuk mendapatkannya, hanya waktunya yg berbeza.


Seiring perjalanan waktu, kekadang kita begitu risaunya ketika kita belum mendapatkan pasangan, ketika kita merasa sudah waktunya.

Ketika sebagian sahabat telah mendapatkannya,
 ketika dalam hati kita merasa 
terlambat...tapi ketahuilah, kita tak hanya sekadar mencari jodoh yang baik, kita tak hanya sekadar mengejar jodoh yang baik, ada yang jauh lebih penting dari kesemuanya itu. 
Iaitu, menggapai jodoh dengan niat yang baik,menggapai jodoh dengan cara yang baik, dengan menjadikan diri sebagai orang yang baik pula.
Berakhlak yang baik, bergaul yang baik dengan banyak berkumpul bersama orang yang baik pula...dan tentu saja kita tidak boleh melupakan untuk selalu berdoa sambil menunggu keputusan dari-Nya.

Menikah dengan waktu sedikit tertunda, akan jauh lebih baik, daripada menikah dengan terburu-buru tapi mendapatkan pasangan yang kurang baik.

#seandainya dia untukku, satukanlah hati kami ^_-

Sunday, 30 December 2012

Simpati :(

Assalamualaikum w.b.t 
^______-

Ok..ermm..mana nak mula erk..ermm..camnilah, beberapa hari lepas, saya pergi bandar nak beli barang sikit. Saya pergilah berdua dengan kawan. Masa tengah jalan nak pergi bank, tiba2 ada sorang pak cik ni panggil kitaorang. Pak cik tu tanya mana Bank Muamalat. Kalau saya memang tak tahulah kat mana. Huhu... Kawan pun cakaplah dekat mana, yang terdekat ada tapi pak cik tu cakap tak boleh ambik duit sebab kad atm lama. Tiba2 rasa kesian timbul tengok keadaan pak cik tu. :( Pak cik tu cakap dia dari Gambang, hantar jiran dia kat hospital tapi tak ada duit. Pak cik mintak tolong sangat nak pinjam duit untuk isi minyak sebab minyak dah habis. Tak boleh nak balik. Ya Allah, kesiannya pak cik tu. Lepas tu, kawan bagilah duit sebab pak cik tu memang perlukan pertolongan. Nak jugak bagi tapi kawan dah bagi :(.

#mungkin Allah swt nak uji kami sama ada kami bantu atau tidak orang yang dalam memerlukan bantuan kita. Kita jangan pernah lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah swt kurniakan. ALHAMDULILAH ^_^

Friday, 28 December 2012

Semester baru!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah...selepas dua bulan cuti (lame sangat kot..huhuhu), akhirnya semester baru bermula. Apa yang buat saya happy sangat ni sebab dah semester last. Yeay!!! dah nak grad. Result pun dah ambil. Alhamdulilah3x...Allah bagi rezeki yang terlalu bermakna buat saya. Hadiah ni special untuk ma dan abah ;). Lepas tu, apa lagi, saya teruslah text abah nak bagitahu result. Saya : Salam, result dah ambik tadi. Dapat 3.89. Abah: Tahniah. Semoga terus cemerlang. Saya: Satu subjek dapat B+. Kalau tak, dapat 4flat. Abah: Try sem ni pulak. Ape2 pun, saya bersyukur sangat dengan result yang saya dapat walaupun ramai kawan2 saya dapat 4flat. Cuma saya nak kata2 yang boleh dianggap sebagai satu cabaran bagi saya. Ermm..suka2 jugak tapi last2 sampai sini, seminggu tak ada kelas. Bosan tu tak payah cakaplah, dah tahap 'zirafah' kot..huhuhu... fb, main game, makan, tido..ni je yang saya buat hari2. Dari mula sampailah start kelas. Jeles pulak tengok ramai kawan2 balik rumah. Tu tak termasuklah yang still ada kat rumah. Huhuhu..jelesnya diri ini :p. Nak balik rumah pun takut jalan tersangkut dengan banjir. So, lupakan jelah niat nak balik tu. Jadilah penunggu setia kat hostel ni. Menyesal pulak datang awal tapi kalau datang lambat pun kena 'kompoun' pulak. Tak pasal2 melayang duitku. Huuhuhu :p. Semester last ni, saya nak pulung habis-habisan. Walaupun subjek sem ni memag susah sikitlah (susah banyak sebenarye,..huhuhu). Setiap apa yang saya buat untuk mendapatkan redha Allah swt dan gembirakan ma dan abah. Sayang diorang ketat2. 


#Never say never ^_^

Pendatang baru ^_^

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilah...saya baru cuba2 nak libatkan diri dalam bidang blogging ni....kira first timelh ni...lagipun saya tengok macam best je menulis dalam blog ni..tapi saya tak adalah pandai sangat pun..saja suka2 ^_^...nak jadikan sebagai hobi. Kebetulan pulak hari ni, hari Jumaat yang terakhir dalam tahun 2012. Hanya ada sekali je kot. Jadi ni jelah dulu buat setakat ni :) Syukran ^_^


#testing2..1..2..3 ^_-